Saat perpisahan itu pasti tiba.
Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu.
Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga.
Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati.
Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang.
Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan.
Tujuan ke sini untuk diuji, tiba masanya pasti kembali!
Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara.
Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita.
Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam.
Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat.
Setiap kita mempunyai kelebihan.
ALLAH tidak mencipta manusia bodoh.
ALLAH mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.
No comments:
Post a Comment