- 1- Kerja: Bagi orang Melayu, kerja paling dikejar ialah kerja kerajaan.. Betul x? Betul kan? Jika dapat kerja kerajaan, kita akan dipandang tinggi dan selalu menjadi sebutan di kedai kopi terutama jika di kampung atau pekan-pekan.tu yang ramai mencari rahsia dapat kerja kerajaan. Paling kurang pun kerja dengan swasta mestilah kerja yang glamer contohnya Engineer, Lawyer, Arkitek dan Akauntan. Sungguhpelik jika seorang anak Melayu itu jika berniaga. Pada pandangan Melayu lama, jika berniaga, mestilah orang tu kurang pandai jadi tak dapatlah kerja kerajaan walhal gaji tokei kedai kopi kekadang lagi mahal dari pegawai kerajaan.Tapi tak bagi orang Cina kerana kerja kerajaan memang bukan pilihan utama sebab memang susah pun nak dapat, jadi bisnes adalah pilihan utama mereka..thats why mereka lebih kaya dari segi ekonomi berbanding Melayu.
- 2- Bisnes: Pelik bagi orang Melyu jika keluar Universiti je terus berniaga..mesti diorang suruh kerja dulu baru berniaga..pastu suruh kerja kerajaan lah..hmmm ada juga orang bertanya pada saya kerja apa dan saya jawab berniaga..langsung pada wajahnya tak konfiden dan menjawab “ooo..bisnes ye”..kalau macam ni tak bagi semangat, macamana orang kita nak maju. tapi cuba bagitau doktor ke, lawyer ke, engineer ke..mestilah panjang pulak soalan dia lepas tu..nak lagi kalau kerja PTD atau Pegawai Tadbir dan Diplomatik, memang terus nakw at calon menantu lah kot..awal-awal lagi Nabi Muhammad dah menyebut yang rezeki tu adalah 9/10 datangnya dari berniaga.. watpe nak kejar 1/10 tu..tapi mungkin peringkat awal nak cari modal tu oklah..bagi orang cina pulak, bisnes adalah perniagaan warisan dan wajib diceburi untuk hidup..lagi-lagi kat negara luar.
- 3- Kahwin: Pelik bagi orang Melayu jika seseorang tu kahwin besar-besaran dan buat kat hotel atau dewan besar dikira sangat kaya..tapi benda tu normal bagi orang Cina..dimaklumkan pada saya oleh seorang kawan Cina, untuk setiap majlis perkahwinan, mestilah buat besar-besaran.. makan kat dewan, amik chinese course, sewa kereta mewah dan lain-lain..perghh mahal tu kan? kalau Melayu, ringkas pun dah cukup ikut kemampuan. Kawan Cina saya tu juga pernah berkata, orang cina kerja keras hanya untuk 2 benda utama iaitu kahwin dan mati (mengikut fahaman dia kot, tapi macam betul je)..
- 4- Mati: Pelik bagi orang Melayu jika upacara pengebumian makan kos beribu. dan pelik juga jika duk sebut atau berbicara pasal mati masa masih hidup..tapi tak bagi Cina..diorang dari awal lagi dah tempah lot kubur diorang tau bagi yang berkemampuan lah..yang kaya-kaya tu kalau boleh nak kubur atas bukit punya sebab lagi tinggi darjatnya lepas mati nanti..ada ke orang kita nak tempah kubur awal2? hehe..mesti dikata buang tebiat nak mampus kan? Pastu upacara pengebumian orang Cina ni makan kos beribu-ribu..keranda diorang tu saja dah berapa ribu..ada 5K..ada 10K..ikut kekayaan orang tu.
Jadi jelas di sini, kekangan hidup memaksa seseorang itu bekerja overlimit dan bersungguh-sungguh. Apabila orang Cina tahu yang mereka susah nak dapat kerja kerajaan dan biasiswa untuk anak mereka, mereka hanya ada 1 jalan iaitu bekerja dengan bersungguh untuk kumpul duit sebanyaknya..selain untuk hidup dan anak-anak, ianya juga untuk kahwin dan mati mereka nanti..
Mari kita tiru kehebatan kaum cina ini .Yang baik kita jadi kan panduan..yang buruk kita jadikan sempadan dan peringatan supaya tak terbuat nanti..
No comments:
Post a Comment