May 30, 2011

10 Tempat Unik Serata Dunia

Kawah Meteor USA

Kawah meteor ini terletak di bahagian utara gurun Arizona, USA. Hentaman sebuah meteorit kira-kira 50,000 tahun dahulu menyebabkan terbentuknya sebuah kawah dengan lebar 2.4 batu (kira-kira 4 km) dan kedalaman 550 kaki. 
Walaupun kawasan ini adalah sebuah gurun, tetapi dahulunya ia merupakan sebuah kawasan dimana wholly mamoth (sejenis gajah yang berbulu) tinggal. 
Impak daripada hentaman sebuah meteorit yang lebarnya hanya 50m ini menyamai kekuatan 20 juta tan TNT.

Tasik Don Juan

Sebuah tasik yang terbentuk di tengah-tengah Antartika (dataran ais kutub selatan), Don Juan merupakan tasik yang mengandungi kandungan garam yang tinggi, malah 8 kali lebih tinggi berbanding Laut Mati di Jordan, juga 18 kali lebih tinggi berbanding laut biasa. Walaupun terletak di tengah-tengah dataran ais yang  boleh mencapai suhu -30 darjah celcius, tasik ini tidak pernah membeku. Tahu kenapa? Sebab kandungan garam yang sangat tinggi menjadikan pengkristalan molekul air tidak dapat berlaku. Kawasan ini  mula ditemui pada tahun 1961 oleh saintis Amerika yang membuat ekspedisi di Antartika untuk kajian beruang kutub.

Timbunan Pasir Pyla (The Great Dune of Pyla)

Jika kita lihat padang luas yang berpasir mesti kita akan terfikirkan gurun kan. 
Tapi mana ada gurun di Eropah. 
Longgokan pasir seakan-akan gurun ini letaknya di Perancis. Longgokan pasir ini dikenali sebagai the Great Dune of  Pyla. 
Ia dibawa oleh angin laut yang bertiup ke daratan dan menimbun membentuk dataran pasir sejauh 500m mendekati hutan  dan sepanjang 3 kilometer merentasi tepi pantai. 
Kawasan ini merupakan tarikan  utama pelancong dan merupakan tempat berlangsungnya permainan para glidersterbesar.


83-42

Nama yang sangat pelik bagi sebuah tempat. 83-42 adalah nama sebuah dataran rumput di Kutub Utara yang luasnya hanya 35 x 15 meter. 
Nama 83-42 diberikan berdasarkan kordinatnya  83°42′05.2″N30°38′49.4″W / 83.701444°N 30.647056°W
Ia dijumpai pada tahun 1998 dan merupakan tempat bermulanya land formation (pembentukan tanah) terawal selepas zaman air batu. 
Di 83-42 saintis telah menemui Liken pertama (organisma komposit yang bersimbiosis dengan fungus, sedang giat dikaji serata dunia dan merupakan penemuan sains terbaru). 
Sehingga kini hanya 5 orang pernah menjejakkan kaki di 83-42 kerana ia merupakan kawasan terlarang.


Iceberg B-15

Mula terbentuk pada tahun 2000 apabila terpisah daripada Ross Ice Shelf. 
Walaupun kini ia telah banyak pecah kepada iceberg-iceberg kecil namun bentuk asal Iceberg B-15 masih lagi kelihatan. 
Ia merupakan Iceberg terbesar pernah direkodkan dengan keluasan 3100 km persegi (lagi besar daripada negara Jamaica)

The Door To Hell

Pelik sungguh namanya. Ia merupakan sebuah tempat yang terbentuk akibat perbuatan manusia sendiri. 
Terletak di Bandar Darvaza, Turkmenistan, the Door to Hell pada mulanya adalah sebuah kawasan lombong. 
Kegiatan lombong terpaksa dihentikan apabila ramai pekerja-pekerja mati akibat  pembebasan gas dari perut bumi oleh aktiviti melombong. 
Kerana diberitahu bahawa gas itu adalah jenis beracun, pekerja-pekerja bertindak membakar drilling equipment dan menyebabkan kawasan tersebut terbakar.... 
Sehingga kini. Sudah 35 tahun barlalu, api nya tak pernah padam.

Gunung Roraima

Sebuah pergunungan, tetapi bentuknya sangat unik. 
Gunung Roraima sebuah gunung yang tidak mempunyai puncak. terletak di sempadan Brazil, Guyana dan Venezuela. 
Apa yang uniknya, bentuk datarannya adalah 3 segi dan tiap-tiap bahagian lurus nya mengadap Brazil, Guyana dan Venezuela. Terdapat beberapa tumbuhan liar yang tidak dijumpai di tempat-tempat lain.


Socotra

Socotra adalah sebuah kepulauan kecil di Yemen yang mempunyai tumbuhan-tumbuhan pelik seakan-akan berada di zaman primitif. Sesiapa yang pernah menjejakkan kaki di Socotra akan berasa kagum dengan keunikan flora dan fauna yang unik. 
Seperti berada di planet lain pun ada.

Air Terjun Guaira

Letaknya di sempadan Brazil dan Paraguay.
 Sama seperti Air Terjun Niagara dan merupakan antara air terjun terbesar di dunia dan ia merupakan air terjun semulajadi tidak seperti Air Terjun Niagara.

No comments:

Post a Comment