June 19, 2011

Hari Ini Saya Sangat Letih

Assalamualaikum my readers

Tengok title tu ? kalau dah letih maknanya nak menulis pon dah malas kan ?
Tapi aku tetap gagahi lima jari aku ni untuk menaip
Act harini aku letih sangat sbb pegy shopping brg2 yg nak dibawa pegy POLIMAS nanti
Yelaa , sana jauh kan . Biarla awal2 permulaan disana tu dgn brg yg mencukupi
My parents suruh ambik je aper yg xcukup , jadi aku pun amikla . hehe
Okelaa , aku rasa tu je aku nak soseh2 untuk harini
Nak tidur duluu
Salam my readers

p/s : Semestinya JJ mnjadi pilhan

Bukit Indah :)


Tebrau City

June 18, 2011

Gagal Mendapatkan Tiket

Assalamualaikum my readers

Haa , tajuk post kali ni macam sedih kan ?
Yelaa , baru ingat nk tgk Maharaja Lawak live tapi tiket sudah abiss broo
Betol2 fanatik org JB ni dgn bnde2 mcm ni #ayat orang putus asa . haha
Last2 aku tengok dekat tb ajelaa gamaknya

Menurut sumber yang aku dapat , yang aku dapatla dari pihak ASTRO kan
Bukan buat cerita dongeng okeh . hehe
Pihak ASTRO terperanjat dgn smbutan luar jangkaun rakyat JB
Pemberian pas percuma pada jam 3 petang telah habis dalam masa 2 jam .
Sehingga pihak ASTRO mengehadkan satu tiket kepada satu orang

AKU DATANG PUKUL 5 , PATUTLA DAH HABIS TIKETNYA ! HAHA

 
Apa kata korang carik aku then bulatkan ?

Ye , kelihatan jutaan anai2 sedang cuba menombangkan tembok besar itu
SEKIAN

June 17, 2011

Maharaja Lawak Di Johor Bahru

Assalamualaikum my readers

Okayh harini nak cerita pasal Maharaja Lawak
Sebab harini Maharaja Lawak bertandang ke JOHOR BAHRU
Ini berita baik buat orang2 JB serta peminat2 Sepah macam aku ni NGEH3
Minggu ke-12 ni Maharaja Lawak akan bersiaran secara langsung di Johor Bahru
Pada sapa2 yang inginkan pas-pas percuma boleh la datang ke stadium MPJB selepas jam 3 petang ini
Bagi para lelaki , solat jumaat dulu baru datang ambik tiket okeh :)
Bagi para wanita , jgn ingat tiket tu korang punya semua sbb lelaki pegi solat jumaat . hehe
Peace my readerss

Sepah tetap yang terbaik lahh jang !

June 14, 2011

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya orang yang paling 

Aku cintai dan paling dekat tempat duduknya


denganku di akhirat ialah yang paling baik akhlaknya di dunia"

June 10, 2011

5 Star For KL Gangster

Assalamualaikum my readerss

Malam tadi aku baru sajer tgk filem yg memang tgh hangat skrg nihh , KL Gangster
Filem terbaru arahan Syamsul Yusoff tu kan
Aku tgk dekat page KL gangster , byk btul feedback bagus2 pasal cita tuhh
Walau baru hari petama ditayangkan yg buatkan aku pon nk tgk cita tuhh juga pada hari petama
Bagi aku cerita dia bnyak aksi , xbnyak ckp2 kosong
Dan lakonan2 para pelakon nya dpt membuatkan penonton masuk ke dlm dunia mereka
Bagi aku , saper yg xpegi tgk agak sedikit rugilahh
Sbb ni antara filem aksi terbaik di Malaysia sekarang
Saper nk tgk , dtglaa book cpt2 sblum sold out yer
Membe aku book sejam awal sebelum crita start pon aku dh kena dok sit kedua dari depan
Konklusinyaa , cerita ni bestt . terselit jugak nilai2 moral yg baik
Harap akan ada smbungannya nanti SEKIAN !


June 9, 2011

Road To Malacca With Friends

Assalamualaikum my readerss

Smlm aku baru je balik dari Melaka dgn membe2 aku
Act aku g melaka sbb nk buat pertukaran ptmpatan politknik
Dari POLIMAS jitra kedah ke poli Merlimau
Tapi hasilnyaa , too bad :( dah penuhh dahh pon utk sesi julai

Memandangkan dtg dari JB , xkn nk balik mcm tuhh kan
Bkn slalu dtg Melaka nihh , nihh pon da lama aku xpegy Melaka
Smbil nyelam , minum air jugak kan 
Poli xdpt tukar , alang2 da smpai baek merayap melaka sekali

Jmpa2 htel dekat Tengkera , De Nice Inn hotel nama dia
Hotel nihh hotel mahal jugaklaa tapi dsbbkan tgh cuti skolaa
Dia promosi so jadik murahh , tuah kami mgkn . hehe
Bagi aku , Melaka nih tmpat yg seronok untuk dikunjungi
Walaupun byk kali sesat , tapi msti balik tmpat sama
Melaka ni bnyak tmpat2 menarik , brg2 pon boleh tahan murahh
So far , Datuk Bandar Melaka memang bijak mrancang bndar diaa smpai jadi cukup sistematik
Tapi cuma satu xbestt , Melaka terlalu bnyak trfic light ! haha

Mlm pada hari ptma tuhh jalan2 pusing dekat sungai Melaka jer
Lepak2 tepi tuhh , tgk2 org pusg2 sngai ala ala gondola dekat Venice tuhh
Lepak2 dekat tepi laut mana ntahh , tapi bestlaa tmpatnyaa
Pusing2 dekat jonker walk tmpat brg antik tuhh

Dan pada hari kdua baru berjalan sakan
Lpas chch out tgh ary tros kluar pusing bndr Melaka
Mgkn tgh cuti kann , jadi smua tmpat kt mlaka pnuh
Mahkota Parade prking smpai dh xbole masuk lagik dahh
Last2 kami dpt satu parking berbayar
RM1 je bayarannya , murahh kan ? haha

Mula2 pada hari kdua iaitu smlm kami lepak jap dekat planetarium Melaka tapi memandangkan xbole bwak kamera
Kami xjadi masuk , ealakan . nk buatper dtg jauh2 xdpt snap picture
Kmudian berjalan jalan di sekitar dataran pahlawan 
Pegi Muzium Samudera tgk2 isi yg ader didalam kapal (Replika Flor de La Mar) , Christ Church , Muzium Kastam , Muzium Tentera Laut , Kubu perang zaman dulu , Meriam zaman Portugis , Bgunan Stadhuys , Tgk2 sekitar kota A Famosa , galeri baba dan nyonya , muzium ethonografi dan sejarah melaka
Penat betul berjalan , dah laa cuaca panas . Jadi xdpt nk pusing smuanyaa
Bila dh hmpir ptg , kami pon bertolak balik dan sblum tu snggah mcd drve thru
Sbb blom mkan tgh hari then tros bertolak balik dgn makan mcd dlm kete 

Meh tgk sikit gamba2 dekat sana
Lebihnyaa telah di upload di album FB Arief John & Faiz Azizi

1st Day at Malacca

Sungai Melaka

Mcm hero kan aku ? HAHA *tengah2

Malam Hari Sungai Melaka


Beca mahal ! :D

2nd Day at Malacca

 
Dataran Pahlawan






Arief John Official Blog

June 1, 2011

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

Assalamualaikum my readerss


Harini aku nk cerita sikit pasal tmpat2 menarik di Malaysia ni sama ada semenanjung mahupun sabah sarawak

Lagipon sbb aku bercadang nk pergi slh satu tmpat tuhh pada musim ini insyaallah

Jadi pada saper2 yg bercadang nk bercuti pada musim ni atau bila2 laa

Bolelaa tgk2 yerr , sokonglah tmpat menarik di Malaysia


1 . A FAMOSA RESORT , MELAKA ( Theme Park )



Selain di Sunway Lagoon,A Famosa Resort ini juga sesuai bagi mereka yang gemarkan sukan air berciri theme park ini. A Famosa Resort merupakan salah satu destinasi pelancongan yang  terletak di Alor Gajah , Melaka. Resort yang seluas 1,300 ekar mempunyai pelbagai kemudahan seperti kelab golf 27 lubang,  Animal World Safari,Water World Theme Park, Equestrian Club, Resort Hotel, Villas , Condotel, dan mcm-mcm lag


2.Cameron Highlands , PAHANG ( Highlands )






Cameroon Highlands ini sesuai bagi mereka yang inginkan kelainan dalam percutian. Banyak tempat menarik di Cameron Highlands yang boleh anda lawati selain melawat ladang-ladang teh dan kebun sayur-sayuran. Antaranya ialah;



Gunung Brinchang

Merupakan gunung tertinggi di Cameron Highlands dan jika anda berada di kemuncaknya, anda boleh melihat pemandangan yang panoramik . Ia  juga merupakan jalan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia pada ketinggian 2000 meter.



Taman Rama-rama Ladang Kea , Brinchang.
Terdapat dua taman kupu-kupu di tanah tinggi iaitu Ladang rama-rama dan Taman Rama-rama. Kepada yang meminati kecantikan rama-rama memang rugi kalau tak datang ke sini.


Honey Bee Farm
Honey Bee Farm merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik kerana ia satu-satunya tempat menternak lebah secara komersil  yang terdapat di Brinchang. Di kawasan ini terdapat berpuluh-puluh kotak menternak lebah yang di letak dibawah pokok berpagar dan dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga. Di Honey Bee Farm juga para pengunjung boleh mendapatkan madu lebah asli  serta mengetahui khasiat sebenar madu lebah.



3.Pulau Sipadan , SABAH ( Island )


Pulau Sipadan ini sesuai bagi mereka yang gemarkan sukan seperti scuba diving , snorkelling. 
Tapi bagi mereka yg belum prnah mencuba bolehlah mencubanya.
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia.
Pulau ini merupakan tempat yang diakui oleh penyelam antarabangsa dan pembuat filem terkenal Jacques Cousteau sebagai salah satu tempat menyelam terbaik di dunia.



4.Genting Highlands , PAHANG ( Theme Park )





Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. 
First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasiMGM Grand Las Vegas, bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6,118 bilik. 
Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli-belah, simulator terjun langit, dewan konsert dan banyak lagi. 
Genting Highlands Resort juga menempatkan hutan berusia 100 juta tahun.
Terdapat juga sistem berkomputer di luar First World Hotel yang boleh mengira secara automatik bilangan slot letak kereta kosong yang tinggal dalam keempat-empat hotel berikut: Genting Hotel, Highland Hotel, First World Hotel dan Resorts Hotel.

5.Bukit Bendera , PULAU PINANG ( Highlands )



Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, serta Masjid Muslim di puncaknya.
Terdapat juga kereta api dan canopy walk disini yang dapat memperlihatkan kita flora dan fauna disana.Canopy walk adalah sprti jambatan tergantung

6.Taman Negara Endau Rompin , JOHOR ( National Park )


 Terletaknya dilegeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. 

Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.

Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.

Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan.Terdapat juga jambatan gantung yang tinggi

Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. 
Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.


7.Sunway Lagoon , SELANGOR ( Theme Park )


Nikmatilah pelbagai keindahan dan keseronokan di taman tema air yang terletak di pingiran Bandar Sunway. 
Setiap bahagian taman tema menawarkan daya tarikan yang hebat. The Waters Afrika mengambil satu perjalanan fantasi ke padang 
gurun di benua ini. 
The Wild Wild West menyediakan pengangkutan anda ke sebuah bandar koboi, di mana pengembaraan akan menanti anda. Menikmati keindahan pemandangan laguna dari seluruh taman tema dengan menaiki jambatan gantung terpanjang didunia.


8.Pantai Cherating , PAHANG ( Beaches )


Sebatang jalan sepanjang kira-kira 1 km selari dengan pantai di sini dipenuhi deretan chalet yang comel dan selesa yang kebanyakannya mengadap pantai Cherating yang bersih.
Juga disediakan hotel bertaraf 5bintang disini.

Cherating menawarkan kombinasi ombak laut yang bergulung-gulung menghempas pantai, pantai yang putih bersih, pelbagai tempat penginapan, pilihan tempat makan serta aktiviti hiburan malam istimewa untuk para peluncur papan air.



Peluncur papan air meluangkan masa beberapa hari atau beberapa bulan di sini untuk mengambil kesempatan dengan kehadiran ombak laut yang hebat dan berehat bersama peluncur yang lain sambil bertukar cerita tentang pengalaman meluncur air mereka di salah sebuah bistro atau bar yang terdapat di situ.  


Malahan, Kampung Cherating yang lama telah diberi gelaran 'Syurga Peluncur' sejak tahun 70an.
Setiap tahun, para peluncur air dari seluruh dunia kembali ke Cherating bagi mencuba ombak di sini dan singgah melawat rakan-rakan tempatan mereka.
Pantai Cherating amat bersih dan mempesona.
Resort yang popular di dunia seperti Club Med telah membina resort Asianya yang pertama di Cherating.

Peluncur papan air yang sering berulang ke sini juga mengambil kesempatan meminta rakan-rakan tempatan membawa mereka bersiar-siar di kawasan kampung yang menarik di sepanjang pantai ini sambil menjiwai pemandangan yang mempesona.

JAUH PERJALANAN , LUAS PANDANGAN . LUAS PANDANGAN , BANYAK PENGALAMAN , BANYAK PENGALAMAN , MATANG FIKIRAN 
Marilah kita sama2 ajak family , member2 , saudara mara bercuti bersama2 . Lari dari kesibukan kota , lari dari traffic jam , dari hiruk pikuk dan suasana tidak pernah sunyi di bandar. 

Holy Water Hanya Air Biasa


Ditulis oleh saudara Muhamad Na'im B. Ab Razak. Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan dari Universiti Sains Malaysia dan mengikuti Kursus Perbandingan Agama Friendly Comparative Religion di IIS Foundation Setiawangsa, Training The Trainer Islamic Education Trust Nigeria oleh Bashir Mundi & Nuruddin Lemu, Bengkel Dakwah Syeikh Yusuf Estes dan Kursus Akar Umbi Kristianiti oleh Bro Amin Yaacob. Beliau juga merupakan bekas penggerak Kelas Peradaban Nabawi USM Kubang Kerian.
alt
Taip sahaja di internet berkenaan Holy water dan peranannya dalam memurtadkan orang Islam maka pasti anda akan menemui banyak sekali artikel mengenainya.
Holy water itu kononnya merupakan air jampi yang amat hebat di mana sekali anda terminumnya, nescaya tidak dapat mengucap dan menjadi murtad.
Jika bernasib baik, anda mungkin dapat mengucap kembali setelah minum air dari tujuh buah kolah masjid. 
Mengapa hebat sangat air ini? Ada yang mengatakan ia dibancuh khas dari Indonesia oleh Paderi Kristian yang berstatus tinggi. 
Sesetengah dari mereka pula mendakwa Holy water dibuat di Vatican City oleh Pope Kristian.
Fenomena Holy Water ini cukup menakutkan orang Islam. 
Tambahan pula, ramai penceramah yang menjaja kisah Holy water ini dalam ceramah-ceramah mereka di masjid-masjid. 
Kata mereka juga, Holy water bercampur dengan janin yang digugurkan  hasil dari persetubuhan haram paderi lelaki dan wanita.
Subhanallah! Itu merupakan satu fitnah terbesar sekali yang dibuat oleh orang Islam terhadap sahabat kita orang Kristian. 
Mungkin, disebabkan kerana kurangnya ilmu maka kisah mengenaiHoly water ini terus di forward melalui email dan diletakkan di blog-blog peribadi mahupun laman sesawang sosial. 
Sebenarnya, Holy water hanyalah merupakan air pili biasa yang dibacakan sedikit doa dan diletakkan di luar gereja. 
Apabila penganut Kristian beraliran Katholik ingin masuk ke dalam gereja. 
Mereka akan mengambil sedikit Holy water ini untuk membuat simbolik lambang salib pada badan mereka.
Perbuatan ini merupakan ablution ataupun berwudhuk bagi orang Kristian.
Holy water tidak pernah dibuat sebagai minuman.
Orang Kristian sendiri tidak meminumnya, hanya sekadar digunakan untuk "berwudhuk".
Cuba fikirkan, jika benarlah ia begitu berkuasa, mengapa tidak sahaja dicampurkan terus ke sumber-sumber air utama penduduk dunia agar mereka semua terus murtad.
Dan akhirnya, ingatlah bahawa dengan mempercayai Holy water mempunyai kuasa, maka anda telah berlaku syirik. 
Jika benarpun ada kes terpencil yang berlaku, maka ia hanyalah kebetulan dan tidak lain dan tidak bukan melainkan tipu daya Syaitan yang amat lemah.
Semoga artikel ini memberi pencerahan pada kita semua untuk tidak lagi mempercayai cerita karut ini dan seterusnya berhenti 'forward' fitnah terhadap saudara kita yang beragama Kristian.

Ujian Itu Rahsia Allah

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, 
airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. 
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. 
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI,
 airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.
 Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, 
sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Penyakit ' Wahan '

Daripada Tsauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'." Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati."Riwayat Abu Daud