June 1, 2011

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

Assalamualaikum my readerss


Harini aku nk cerita sikit pasal tmpat2 menarik di Malaysia ni sama ada semenanjung mahupun sabah sarawak

Lagipon sbb aku bercadang nk pergi slh satu tmpat tuhh pada musim ini insyaallah

Jadi pada saper2 yg bercadang nk bercuti pada musim ni atau bila2 laa

Bolelaa tgk2 yerr , sokonglah tmpat menarik di Malaysia


1 . A FAMOSA RESORT , MELAKA ( Theme Park )



Selain di Sunway Lagoon,A Famosa Resort ini juga sesuai bagi mereka yang gemarkan sukan air berciri theme park ini. A Famosa Resort merupakan salah satu destinasi pelancongan yang  terletak di Alor Gajah , Melaka. Resort yang seluas 1,300 ekar mempunyai pelbagai kemudahan seperti kelab golf 27 lubang,  Animal World Safari,Water World Theme Park, Equestrian Club, Resort Hotel, Villas , Condotel, dan mcm-mcm lag


2.Cameron Highlands , PAHANG ( Highlands )






Cameroon Highlands ini sesuai bagi mereka yang inginkan kelainan dalam percutian. Banyak tempat menarik di Cameron Highlands yang boleh anda lawati selain melawat ladang-ladang teh dan kebun sayur-sayuran. Antaranya ialah;



Gunung Brinchang

Merupakan gunung tertinggi di Cameron Highlands dan jika anda berada di kemuncaknya, anda boleh melihat pemandangan yang panoramik . Ia  juga merupakan jalan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia pada ketinggian 2000 meter.



Taman Rama-rama Ladang Kea , Brinchang.
Terdapat dua taman kupu-kupu di tanah tinggi iaitu Ladang rama-rama dan Taman Rama-rama. Kepada yang meminati kecantikan rama-rama memang rugi kalau tak datang ke sini.


Honey Bee Farm
Honey Bee Farm merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik kerana ia satu-satunya tempat menternak lebah secara komersil  yang terdapat di Brinchang. Di kawasan ini terdapat berpuluh-puluh kotak menternak lebah yang di letak dibawah pokok berpagar dan dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga. Di Honey Bee Farm juga para pengunjung boleh mendapatkan madu lebah asli  serta mengetahui khasiat sebenar madu lebah.



3.Pulau Sipadan , SABAH ( Island )


Pulau Sipadan ini sesuai bagi mereka yang gemarkan sukan seperti scuba diving , snorkelling. 
Tapi bagi mereka yg belum prnah mencuba bolehlah mencubanya.
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia.
Pulau ini merupakan tempat yang diakui oleh penyelam antarabangsa dan pembuat filem terkenal Jacques Cousteau sebagai salah satu tempat menyelam terbaik di dunia.



4.Genting Highlands , PAHANG ( Theme Park )





Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. 
First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasiMGM Grand Las Vegas, bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6,118 bilik. 
Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli-belah, simulator terjun langit, dewan konsert dan banyak lagi. 
Genting Highlands Resort juga menempatkan hutan berusia 100 juta tahun.
Terdapat juga sistem berkomputer di luar First World Hotel yang boleh mengira secara automatik bilangan slot letak kereta kosong yang tinggal dalam keempat-empat hotel berikut: Genting Hotel, Highland Hotel, First World Hotel dan Resorts Hotel.

5.Bukit Bendera , PULAU PINANG ( Highlands )



Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, serta Masjid Muslim di puncaknya.
Terdapat juga kereta api dan canopy walk disini yang dapat memperlihatkan kita flora dan fauna disana.Canopy walk adalah sprti jambatan tergantung

6.Taman Negara Endau Rompin , JOHOR ( National Park )


 Terletaknya dilegeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. 

Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.

Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.

Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan.Terdapat juga jambatan gantung yang tinggi

Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. 
Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.


7.Sunway Lagoon , SELANGOR ( Theme Park )


Nikmatilah pelbagai keindahan dan keseronokan di taman tema air yang terletak di pingiran Bandar Sunway. 
Setiap bahagian taman tema menawarkan daya tarikan yang hebat. The Waters Afrika mengambil satu perjalanan fantasi ke padang 
gurun di benua ini. 
The Wild Wild West menyediakan pengangkutan anda ke sebuah bandar koboi, di mana pengembaraan akan menanti anda. Menikmati keindahan pemandangan laguna dari seluruh taman tema dengan menaiki jambatan gantung terpanjang didunia.


8.Pantai Cherating , PAHANG ( Beaches )


Sebatang jalan sepanjang kira-kira 1 km selari dengan pantai di sini dipenuhi deretan chalet yang comel dan selesa yang kebanyakannya mengadap pantai Cherating yang bersih.
Juga disediakan hotel bertaraf 5bintang disini.

Cherating menawarkan kombinasi ombak laut yang bergulung-gulung menghempas pantai, pantai yang putih bersih, pelbagai tempat penginapan, pilihan tempat makan serta aktiviti hiburan malam istimewa untuk para peluncur papan air.



Peluncur papan air meluangkan masa beberapa hari atau beberapa bulan di sini untuk mengambil kesempatan dengan kehadiran ombak laut yang hebat dan berehat bersama peluncur yang lain sambil bertukar cerita tentang pengalaman meluncur air mereka di salah sebuah bistro atau bar yang terdapat di situ.  


Malahan, Kampung Cherating yang lama telah diberi gelaran 'Syurga Peluncur' sejak tahun 70an.
Setiap tahun, para peluncur air dari seluruh dunia kembali ke Cherating bagi mencuba ombak di sini dan singgah melawat rakan-rakan tempatan mereka.
Pantai Cherating amat bersih dan mempesona.
Resort yang popular di dunia seperti Club Med telah membina resort Asianya yang pertama di Cherating.

Peluncur papan air yang sering berulang ke sini juga mengambil kesempatan meminta rakan-rakan tempatan membawa mereka bersiar-siar di kawasan kampung yang menarik di sepanjang pantai ini sambil menjiwai pemandangan yang mempesona.

JAUH PERJALANAN , LUAS PANDANGAN . LUAS PANDANGAN , BANYAK PENGALAMAN , BANYAK PENGALAMAN , MATANG FIKIRAN 
Marilah kita sama2 ajak family , member2 , saudara mara bercuti bersama2 . Lari dari kesibukan kota , lari dari traffic jam , dari hiruk pikuk dan suasana tidak pernah sunyi di bandar. 

No comments:

Post a Comment