February 19, 2011

Kenapa Laa Aku Malas Sembahyang

Untuk renungan diriku dan kawan kawan

Apesal laa aku malas sembahyang
Allah bagi aku jasad dengan bayang bayang
Bukan ke lagi beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh siang dan malam

Apesal laa aku malas sembahyang
Kerja dah best keluarga pon dah senang
Negara pon dah aman tak lagi hidup berdagang
10 minit setiap satu waktu pon tak terluang

Apesal laa aku malas sembahyang
Allah kasi otak supaya aku tak bangang
Allah kasi ilmu supaya fikir susah senang
Allah kasi nikmat kenpa aku xkenang

Apesal laa aku malas sembahyang
Main bola boleh sampai petang
Beli tiket wayang sanggup beratur panjang2
Tapi masuk neraka bole ke hutang ?

Apesal laa aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang2

Apesal laa aku malas sembahyang
Perjalanan akhirat memangla panjang
Siksa neraka cuba laa aku bayang
JANJI ALLAH TAK SIAPA BOLEH HALANG !

February 15, 2011

Saat Nabi Muhammad S.A.W Hampir Wafat

Kisah ini sengaja aku copy paste drpd i luv islam sempena maulidur rasul besok
Mari kita baca saat2 Rasulullah hampir wafat
I LOVE YOU MUHAMMAD !

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. 
Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:
 "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. 
Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. 
Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. 
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. 
Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. 
Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. 
Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. 
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 
"Siapakah itu wahai anakku?" 
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. 
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. 
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. 
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. 
Perlahan ruh Rasulullah ditarik. 
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. 
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. 
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. 
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. 
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah 
Mari kita rayakan maulidur rasul ini dengan penuh rasa penghormatan pada penghulu dunia ini,Ya RASULULLAH !

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. 
Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
 Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, 
maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. 
Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, 
oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, 
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu,
maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. 
Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. 
Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia 
dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. 
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. 
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, 
menyampaikan pula kepada orang lain. 
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. 
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Ya RASULULLAH ! AKU KUGUM DENGAN AKHLAK MU !

Rayakanlah Maulidur Rasul hari ini dengan penuh penghormatan kepada RASULULLAH 

February 14, 2011

Keunikan Mathematic Dengan Islam

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:




1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Now, take a look at this...

101%From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?

What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to

GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?


Here's a little mathematical formula that might help answer these questions:



If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.




Therefore:



H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%



And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%



But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%




THEN, look how far the love of God will take you:



L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%



Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:



While Hard Work and Knowledge will get you close,
and Attitude will get you there, 
It's the Love of God that will put you over the top!

Letih Buat Baik ?

Apabila kamu berasa letih melakukan kebaikan,
nescaya letih itu akan hilang dan  kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.
Dan sekiranaya kamu berseronok dengan dosa,
nescaya keseronokan akan hilang dan dosa akan teros kekal

Valentine Day Hari Bongek Sedunia

About Valentine ! Dan mengapa haram disambut umat islam


Apa itu Valentine ?

Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? 
Dari sudut bahasa, Valentine dlm bahasa Inggeris atau Valentino dlm bahasa Itali adalah berasal drpd nama sebuah keluarga berbangsa Rom, 
iaitu Valentinus yg juga berasal drpd bahasa Latin iaitu Valens yg bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pd zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. 
Jasa yg telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Feb 270 Masihi begitu bermakna bg Ratu Isabella sehingga dianggap sbg kekasih rakyatnya sendiri. 
Justeru itu, 14 Feb disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bg merayakan kemenangan tersebut dgn dinamakan hari Valentine.

Asal usul perayaan valentine

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine, iaitu:

Pertama: Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dgn menetapkan 14 Feb sbg hari cuti bg orang Juno, ratu kpd dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Feb bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bg masyarakat Rom di mana pd malam pesta tersebut, nama2 gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dlm bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dlm bekas itu dan nama yg terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Kedua: Pada 14 Feb 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dgn Raja Romawi yg diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom byk terlibat di dlm peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang2 Kristian dgn pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yg akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Feb dlm tahun 270 Masihi. Bg memperingatinya sbg simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dlm menghadapi cubaan hidup, maka 14 Feb dijadikan sbg hari memperingati kematian St. Valentine sbg upacara keagamaan.

Ketiga: Hari Valentine diambil drpd nama seorang paderi yg paling berpengaruh pd zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yg status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat utk berkahwin dgn pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yg tidak boleh berkahwin dgn pengamal Protestan, lebih-lebih lg paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yg mengambil keputusan berkahwin dgn pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Feb sbg hari Kekasih utk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bhw Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yg disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kpd kenyataan2 pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sbg satu ritual di dalam agama Kristian.

Penentangan Islam Terhadap Valentine

Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bhw Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yg menjadi amalan ritual di dlm agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dgn prinsip Islam yg tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dlm soal yg melibatkan aqidah Islam.

Islam sgt prihatin dan sgt menginginkan spy umatnya mempunyai identiti yg tersendiri dan berbeza dgn identiti umat yg lain. Kerana itu penghayatan aqidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yg ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dgn umat lain. Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur-adukkan aqidah dan peribadatan agamanya dgn aqidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT (maksudnya):

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)

February 13, 2011

Contact Lens !


Okeh,skang wa pakai cntact lens !
Lama jugak aku merabunkan diri sbb spek aku ilang
Susa banyakkk
Nak drve malam xnmpak,tapi siang nmpak la
Tulisan jaoh2 dn kecik xnmpak
Nk wat keje kpla kena zoom dekat2 dgn bnde too
Paling shit,mmbe2 lalu sebelah pon xtego bb xnmpk !

Tapi aku dah wat kptsn blasah jela pakai cntct lens
Sbb aku nk pakai keje
Dah xnmpak da muka cstmer dgn muka bangla cuci pinggan ! 
Sirius beb xnmpak,nk clear table pon xnmpak
Cntct lens ni aku baru je bli siang tadik
Dekat mana lu tawu ? U mal,tawu ark kau ?

Aku bli yg biasa jek,xmenla wana2 rainbow segala cntct lens. haha
Plak stock tga ade time too,jadi tros bli dan bawak balik
Time nk try pakai ktsana,cipe susa giler ! haha
Time aku nk masukkan je,mata aku msti berkenyit sndiri . aptb ! aha
Last2 dapat gak masukkan tapi time too aku xpndai nk kuakan
Balik je dpd keje,mata wa dah merah da
Apesal ekhh ? Gua try2 bkak itoo cntct lens
Lama gila beb bru dapat bkak . aha
Bsok aku try pakai lagik oke
Dah2,gua mcm org jakun plak !
Saja jela tulis post ni ngenng



February 12, 2011

Siapa Yang Berakal ?

Orang yang berakal ialah orang yang mengetahui dan menyedari bahawa kehidupan dunia tidak digunakan untuk bersenang-senang,
kerana itu dia amat berhati-hati dalam menggunakan dan memanfaatkan masa dalam setiap kesempatan.

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Tadbirlah Diri

"we can't direct the wind but we can adjust our 

sail." 

Penyebab Segala Sebab

Jika manis, Allah mengajarku erti syukur.
Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar.
Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal.
Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja' (mengharap).
Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada).
Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) – wajah-Mu ya Allah.

February 10, 2011

Bentuk Ujian Allah

Ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan.
Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan.

MALAYSIA 2 - 0 Hong Kong ! Friendly Match

Tahniah buat Malaysia !
SKUAD kendalian K Rajagobal memastikan gelaran juara Asia Tenggara bukan diperoleh secara nasib apabila meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Hong Kong 2-0 hasil jaringan kapten pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 dan Mohd Amirulhadi Zainal (m90).

Malaysia yang berada tiga anak tangga di atas lawannya itu dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) - Malaysia di tangga ke 140, Hong Kong 143 - memastikan reputasi sebagai juara Sukan SEA dan Piala Suzuki AFF tidak tercalar pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam

Selamat Buat Malaysia
Aku xtgk Live jadi ni je dapat tulis ! haha




February 8, 2011

Kerja Baru ! Goodbye Kerja Lama !

Especially aku nk bersyukur dulu sbb dapat keje baru !
G matilaa korang nk ckp aku knon alim atau ape. haha
Dapat sesuatu memag harus bersyukur der
Tak nti Allah tarik balik mcm mana ?

Firstly aku nk cerita mcm mana aku bole resign dekat Raja Sushi too
Ape ? xpaham ? Sushi King lah ngek ! haha
Sbnarnya , aku dah xkeje sushi lagik daaa
Ary ape ntah aritoo aku resign , aku sndiri xegt
Time aku bg surat benti manager aku bole endah xendah plak an aku nk benti
Ha,last2 besoknya aku tros je off ! ahaha
Aku bkn ape,resign sbb masanya kejnya gila tapi gaji xmahal. hehe
Kdg2 1ary 14jam kot keje
Dikatanya o.t tapi stiap ary time kejenya mcm gtoo !
Ape pon xbole kan ?
So,aku tros resign dgn xnotis smgu ! haha
Spatotnya kena keje smgu lpas tu baru benti tapi aku takk
Tross benti,abes gaji dah dapat kan ! ahaha

Masuk pulak citer keje baruu aku
Okeh,arini aku kena dtg interview dkat Pulai Spring Resort 
Tmpat keje lama aku beb ! 
Tapi bkn housekeeping lagi dah
Kali ni aku dapat dekat Glen Eagles Restaurant
Wat ? Restaurant lagik ?
Ape aku kesah,aku memang minat gila kot keje kt Pulai Spring too
Sbb kalo break,makan free !
Just lpak kantin je
Duit save maa ! haha
Dpat position waiter atau bartender 
Taw tak ape bartender ?
Buat air laaa. apelaa. hhehe
Nseb baik bkn bsok stat,stat kamis
Jadi ade masa aku nk bantai rilex2 puas2 ! haha
Gaji aku ? Jgn tanya lah beb !
Malas aku nk btaw ! ahaha


The Pulai Springs Resort Johor Bahru - Gleanegles Terrace
Ni Glen Eagles Terrace broo ! hehe


February 6, 2011

Carbon E7 : Kereta Polis Paling Canggih Di Dunia

Kereta ini adalah Rear Wheel Drive (diatur oleh tayar belakang) bukan seperti kereta biasa yang diatur oleh tayar depan dan sangat jimat bahan bakar.
E7 mempunyai 6 speed transmisi dengan kecepatan 250km/jam.
Dari 0 sampai ke 100 km/jam hanya diperlukan waktu 6.5 saat.

Tempat duduk kereta ini juga direka untuk kenyamanan polis pada saat bertugas dengan menggunakan tali pinggang keledar.
Kereta ini direka khas untuk polis sehingga tidak boleh diperjualbelikan untuk orang awam dan kereta ini baru akan dilepaskan pada tahun 2012.
Kereta ini direka dengan kerjasama oleh 3500 polis dari 50 negeri di 
Amerika.
Betapa majunya mereka berbanding negara kita !
Contohlah mereka demi kemajuan negara









Surat Khabar 3D Pertama Di Dunia

Semenjak China menerbitkan surat khabar tiga dimensi,
menyebabkan permintaan masyarakat surat khabar 3-D ini semakin banyak dan mereka menginginkan lebih banyak lagi terbitan surat khabar 3-D tersebut.
Mendapat respon yang positif, maka para media massa juga merancang untuk memenuhi permintaan masyarakat tersebut.
Surat khabar harian Hangzhou akan menerbitkan surat khabarnya dalam format 3-D juga,
akan tetapi hanya dalam jumlah terhad untuk perkenalan awal.

Surat khabarInggris, The Sun, juga sudah mengumumkan bahwa mereka akan mengeluarkan surat khabar versi 3D terbitannya.
Foto-foto di surat khabar 3-D ini pasti akan terlihat menarik sekali, 
oleh sebab itu bagi pemasang iklan 'rumah dijual' dalam surat khabar jenis 3-D ini merupakan media yang sesuai untuk mereka. 
Kerana foto yang bagus akan lebih menarik bagi para pembeli rumah.