January 5, 2011

Dia menemui ajal :(

Spec aku act yg kembali menemui ajal 
But bukan patah atau rosak tetapi telah pon hilang !
 HILANG ? OMG SHIT !

Spec aku hilang ni pon sebb kecuaian aku sendiri jugak kot
Lama jugak aku pakai spec tu,daripada 30/01/09 smpai laa ke hari ini dan tika ini
Aku naik moto dgn membe aku,spec aku letak kt peha jap
Jap lagi aku xpasan yg spec tu dah terjatuh ntah ktmana2 pelosok dunia ntah
Smpai je destinasi yg nak dituju baru prasan spec tu telah pon ghaib
Rasa gembira gilaa dah bila aku prasan spec tu dah hilang
Susa jugak xpakai spec,tulisan jauh2 aku xnmpak
Kalo aku xtego sape2 kt lua jgn mara ar sbb aku susa nk prasan
Siksa jugak kadang2 xpakai spec ni
Makwe aku kata saba jela,"baik sayang :) 
Memang aku trima ni dgn redha pon 
Aku xsedih pon,aku gembira ! hehe
Xsmua bende yg buruk bagi kita buruk jugak kan pada ALLAH 
Aku tulis post ni pon bukan nk menunjukkan kesedihan aku tapi saja je nk btaw . he3x
Aku xrasa sedih pon,aku trima smua ni dgn sabar .
EXAM EXAM !  

January 3, 2011

Menyirap Dengan Kerja !

Work ?Huh,bila la nk dapat kerja utk aku ni !
Ni smua sbb nk keja krja yg gji sdap sikit lah ni
Smpai smua keje2 yg ade aku reject
Tapi,smua nya dah lpas kn ??

Citanya gini
Ada sowg tu offer dgn aku 1 job baek pnya
Opp,baek ke ?
Memag mandi gaji n lagipon dia keje ktsana
Dia kata,"kalo pasal job tu dia bole handle,taya susa2"
Manis nya ayat !

Aku pon melayan kata2 dia tu
Sbb dia dah offer kan
Egt kalo dia offer senag ar sket jalan nya
Jap lagy asek bertgguh,tgguh dan tgguh

Aku tnya dpd thun ujung thun lpas
Dia kata job tu kena tgu 1 jan 2011
Lpas tu dah smpai 1 jan 2011,mcm2 alasan dia bagi
Ckp blom tnya la,manager xdela n postpone mgu dpn baru dia tnya lagi
GILA LAMAAAA !!!
Haihh..Last2 ckp dgn aku,kalo xpon aku g mintak sndiri,lagi senag dia kata

Perhhhh,saba jela byk2 
Padahal job ni aku memag dana mintak sndiri da
tapi dia plak offer konon bole tlog sbb dia keje sana

Dulu aku keje tmpat kau pon aku pegy mintak sndiri laa
Senag je dapat,bile pakai kau. kampret ! 
Ape pon xbole ! spatotnya org dalam lagi senag kan nk tlog

Awal2 jnji tapi2 last hnya....... !
HEY ! AKU XMINTAK PON LAA JASA BAIK KAU !
Kau yg sibok2 nk offer job tu
Smpai yakinkan aku,konon aku cnfirm bole dapat job tu
ASAL LAH AKU BOLE PERCAYA ENGKAU ???

Xpe,ALLAH tu maha adil
Stiap perbuatan pasti ada balasan !!
Haihh,xpe. Hrap adela rezeki aku utk dapat keje
AMINNN !!

Harap ALLAH permudahkan urusan ni
Satu hari arini aku g cari keje
Balik smla cari keje tmpat lama kt plai sprg but bkn job yg samala aku mintak
Dekat jsco tu,smua tmpat aku ic borang
Hrap2 byklaa yg sgkut !

AKU XKAN PUTUS ASA UNTUK TERUS CARI SEMULA 
Boring xde wat ape kt ruma . 

Bantu aku Ya Allah !


Pensil Diukir Dengan Kreatif ??

Aku xtawu sape yg bgitu kreatif ukir pensil ni !
Gila hebat :)
Gambar2 ni aku dapat drpd email akak aku
Thanq ya kak long !
Meh kita cuci otak kejap

Ukir je beb pensel ni
Kalo aku,hampeh.
korek pensel pon kdg2 patah !

Tgk ? bole plak jadi huruf ? huhh ! :)

Stawu aku pensel ni pling keras,tapi dapat ukir jugak ?
Ek ele rep,tknologi laa .

DAN APAKAH ?

Jambu jgk yg ukir ni. hehe

Kini dijual di smua hardware2 !

A++++++++++++++++++++
Super duper plus !

 Key ??

Apa lagi korang nk cakap ?
Ada bran ?
Apasal , lu goyang apa ! haha

January 2, 2011

World Richest Goverment

Kita tahu orang-orang terkaya di dunia seperti Carlos Slim Helu dari Mexico, diikuti oleh Bill Gates dan Warren Buffet dari Amerika Syarikat. 

Bagaimana dengan kerajaan ?
Siapakah yg pertama ?
Jika anda mengharapkan Amerika Utara dan negara-negara Eropah, anda mungkin akan silap besar. hehe

Begitu juga jika anda memilih negara-negara Eropah.
Seperti Greece,kaya tetapi tidak dapat menahan krisis kewangan yang berpanjangan.
Meh kita terjah satu per satu !
WORLD RICHEST GOVERMENT after 09-10 financial crisis in million US :

1.CHINA
National reserves: $2,454,300,000,000
 2.JAPAN
National reserves: $1,019,000,000,000
 3.RUSSIA
National reserves: $458,020,000,000

4.Saudi Arabia
National reserves: $395,467,000,000
5.TAIWAN
National reserves: $362,380,000,000
 6.INDIA
National reserves: $279,422,000,000
7.SOUTH KOREA
National reserves: $274,220,000,000
8.SWITZERLAND
National reserves: $262,000,000,000
9.HONG KONG
National reserves: $256,000,000,000
10.BRAZIL
National reserves: $255,000,000,000

11 Singapore / 203,436
12 Germany / 189,100
13 Canada / 150,000
14 Algeria / 149,000
15 France / 140,848
16 Italy / 133,104
17 United States / 124,176
18 Mexico / 100,096
19 Iran / 96,560
20 Malaysia / 96,100
Turut berbongkak kerana Malaysia di kedudukan ke-20
Bola eskalator ratus2 tapi ni eskalator ke-20 ?okay ler
Harap kerajaan membelanjakannya untuk kepentingan rakyat !

Susah Sekali Melakukan Kebaikan Pada Empat Tempat Ini

Saidina Ali k.w. berkata:

Susah Sekali Melakukan Kebaikan Pada Empat Tempat Ini

1. Memberi maaf ketika marah.
2.Bersedekah ketika kesempitan.
3.Menjauhi perkara haram ketika seorang diri.
4.Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.

Sentiasalah Bersyukur

"Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana"

Jika Anda Tidak Mampu....

"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain,
janganlah pula anda menambah dukanya."

Bahaya Fikiran Maadiyaah (Kebendaan)

Pengidap faham maadiyyah ini sangat merbahaya dan membawa virus yang sangat sukar untuk dirawat. Mereka yang terpengaruh dengan faham maadiyyah hanya memikirkan soal dunia, duit dan hidup semata – mata.

Mereka tidak memikirkan bagaimana dosa, pahala, syurga, neraka dan akhirat. Ini menjadikan mereka petualang yang hanya mementingkan diri sendiri, kekayaan dan kemewahan dengan tidak memperduli bagaimana cara memperolehinya, samaada cara yang halal atau haram, baik atau buruk, hak atau bathil, adil atau zalim, benar atau bohong, amanah atau khianat.

Apa yang lebih parah, golongan ini akan menjadi cinta dunia dan benci kepada mati. Jika seorang usahawan bersikap seperti ini bukan sahaja tidak mendapat berkat dan rahmat dalam projek atau perniagaan mereka, malah mereka dimurkai oleh Allah swt.

"Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami, -Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan." (Surah Yunus 7–8)

Belajar Ilmu Ikhlas

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
 
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
 
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya 
di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
 
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

January 1, 2011

JDQ 2011 ?



Opps,no plat kete bapak aku tu . he3x
Nk wish happy new yea jela
Happy New Year ! :)
Alhamdulillah,masih dpjgkan lagi umo kita smua utk mrayakan thun baru 2011!
Now,i clbrate new yea at cherating . samok beb . ngeh3
Tahun ni aku dah pon 18 tahun . cantek !

Antara kelebihan tahun ini :

1.Dah xpayah nk ngadap SPM lagi .
Pada dak2 yg naik skola nnti,kasut converse dah bli ? beg outdoor ? HAHA

2.Aku bole keje utk sara hdup sehari2
Mak dan abah,kaly ni angah plak bagi duit blnja ea ?

3.Dah bole tgk movie 18sx !
bkn aku kata,pekeja cinema yg kata 
Smuga hajat yg tidak kesampaian pada thun 2010 dapat disampaikan pada 2011 ini
Smuga kita smua beroleh kebaikan .
2011 must to be better than other years !
AITE ???