April 16, 2011

Selamat Tinggal Pulai Spring Resort

Salam masyarakat dunia :)
Harini aku kmbali dgn post yg melibatkan kerja lagik
Haihhh , asek tuka2 keje je kan akuhh dari lpas SPM aritoo
Bkn malas tp byk sebab yg buatkan aku quit
Kalo aku malas dah lama aku mengabehkan boras tu beb
Xper2,Jauh pemandangan luas pndngan
Luas pndngan jadik aper ?jadik hebat laa. cewahhh. haha

Korang yg kenal aku msti tawu kan aku keje plai spring dulu
Cehh , mcm sumer kenal aku jek. prasan betol arep nih. haha
marilaa aku citer sket , lpas aku keje sushi
Aku keje dekat glen eagles restaurant sbg waiter dekat plai spring resort

Act bukan arini last ktsana tp arini aku dah xdtg. haha
sebab mls dah aku nk notis2 smua beb. 
Aku memang kalau nk benti tros xdtg jek. haha
Korg nkk thu sbb aper aku benti glen ? aku rasa tertipu dekat sana ( wah ayat ) 
Gaji aku ktsana sikit sahaja , mcm mana nak sara anak bini ? ibu bapa ? msyrakat terpinggir ?
Gaji brapa xyah ckp laa ehh , korang msti akan kata okeh tapi bg akuh xberbaloi dgn masa keje akuh tuh beb

Kduaa, sbb bartender wine dah xdeeee. Tawu takk bartender ?
Tukang buat air laa ngekkk. HAHA
 then bos akuh kata waiter saja lpas nii serv arakk , wine 
Nak pulak akuh serve air kncing setan too

Dan yang ketiga , aty akuh da malas nk keje sana dahh
D sbb kan byk sgt bnde2 yg akuh xsukaa ktsana
Jadik aku tross xdtgggg. Dan tawu2 , supervsor akuh tros remove akuh dpd frend dia kt fb ! haha
Maralaa too agaknya , dia soh aku trainee dak baru 
Aku pulakkk yg hilanggg mcm halimunan
Tapi 1 je akuh nk cakap , akuh realy2 njoy keje ktsana
Staff2 sumer satu kepala dgn akuh beb , asst.manager akuh pon sama beb
Si kumar yg kepala memang gila2 , kalo membe berdekak plak msti aku dgn naqi
Hasni , Daus , Kudud , Khidir , Shah . Memang best ar keje dgn korang
Keje cepat siapp , sbb kami memang minat dgn kerjaa
Kdg2 rndu beb dgn kau2 sumer setann. haha aku belah bukn sbb korang , sirius beb
Naqi dgn kudud : mana fb kau. lupa akuh nk addd

Okeh , sekian cerita akuh utk kali ini :)
Bnyak betul pengalaman akuh ktsana
Macam2 akuh blaja dari sna , aku xpena nyesal keje sana sbb byk ilmu akuh dapat
Kenangan dekat sana dgn membe2 smua aku memang xlupa
Bila dh gaji tiap2 mgu lpas balik keje g makan besa2 abeskan duet. haha
Memang sahabat itoo adalah antara yg trpnting dlm hdup !




Lpasni aku masuk sini sebagai guest , standby Mr. Nick Mah kena layan aku mcm VVIP ! haha
Saper Mr.Nick Mah ?org yg pnya ini Plai Spring Resort tahu



Ini Dewan Kencanapuri
Tiap kali ada function besar melibatkan 1000 hgga 1500 guest jer akuh msti kena transfer ke dewan ni utk jaga function tuhh
Dan tu akuh paling xsukaaa tapi skang dh xmasuk daa



Dan inilah glen eagles !


Ape motif aku tnjukkan balik gamba2 nih ?
saja ? ntah , korang jawabkan arr

Kaki Juga Perlukan Yang Terbaik

Okeh , jika bapak saya jutawan saya akan beli semuanya sekaligus ! HAHA
Tapi skrang , saya akan belinya dgn duit sendiri
Pelan2 kayuh , capai satu2 gtooo
Kau boleh repppp , confirm boleh !!
Meh kita survey2 brg2 yg aku nak dapatkan nihh NGEH3


1.Converse Chuck Taylor All Star Low Cut Canvas




2.Nike ACG sandal




3.Nike 5 Gato For Futsal



4.Nike Free Run + 2 Sport Shoes



5.Vans Zapato Del Barco



Smart2 beb ! Jadi gila aku dah skrang 

10 Sifat Mazmumah (Tercela)

 1. BANYAK MAKAN.
Makan dan minum yang berlebihan mengakibatkan malas, lemah dan banyak tidur ini menyebabkan kita lalai daripada ibdadah dan zikrullah.

2. BANYAK BERCAKAP.
Banyak bercakap banyak salahnya, banyak salahnya banyak dosanya.

3. PEMARAH.
Marah yang bukan pada tempatnya dan tanpa sebab yang munasabah.

4. HASAD.
Ingin nikmat yang diperolehi oleh orang lain atau berpindah kepadanya dan berdukacita apabila orang lain mendapat kesenangan.

5. BAKHIL.
Kedekut untuk membelanjakan harta ke jalan ALLAH dan untuk agamaNYA.

6. HUBBUL-JAH.
Kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat boleh mengakibatkan pekerjaan seseorang itu tidak ikhlas dan mengakibatkan pergaduhan lantaran mengejar pangkat.

7. HUBBUDDUNIA.
Gemarkan kesenangan dan kemewahan hidup, kesenangan duniawi yang membawa lupa daripada mengerjakan kewajipan kepada ALLAH.

8. TAKABBUR.
Memandang dirinya lebih mahir dan orang lain rendah serta hina. Merasakan pendapatnya sahaja yang betul.

9. BANGGA DIRI.
Timbul dalam hatinya bahawa dialah orang yang paling sempurna seperti pelajarannya, akhlaknya, kecantikannya dan lain-lain.

10. RIAK.
Memperlihatkan atau menunjukkan amalan kepada orang lain. Semata-mata hanya kerana manusia, amalannya akan menjadi sia-sia saja.

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad S.A.W.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, 
Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi 
yang menakjubkan pada malam aku sebelum di 
Israqkan…. ….”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Ingati Mati

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.

Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.
( Surah Al-Araf ayat 34 )

Pemakaian Cincin Yang Sebenar Menurut Islam

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Nabi Laknat Perempuan Nipiskan Atau Cukur Bulu Kening

Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari) 

Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban) 

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani) 

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).

April Fool Itu Haram Bagi Umat Islam !

Perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bhw ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya si Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam Sepanyol ( Moors )terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. 

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. 
Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. 


Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. 

Petikan drpd Risalah Fikrah

Perbandingan Mangkuk Yang Cantik, Madu Dan Sehelai Rambut

Rasulullah S.A.W. dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a., dan Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha., puteri Rasulullah S.A.W. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan didalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah S.A.W. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Uthman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah S.A.W. berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril A.S. berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah S.W.T. berfirman, " Syurga-KU itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-KU itu lebih manis dari madu dan jalan menuju syurga-KU adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Keajaiban Nombor Di Dalam Al-Quran

SUBHANALLAH !

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. 
Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi,angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!