December 24, 2010

Zoooo JB

 Okayh. Harini aku memag xtaw knpe sbb mud aku okeh utk ikot family aku g zoo. hehe
Bak kata awek aku,g zoo nk jmpa membe lah tu,a.k.a chimpanzee kot. haha
Act,family aku ni g zoo sbb nk bawak adik aku yg umo 2taon,ala yg plg kcik tuh
Saje mlawat2 binatang . hehe
Bcz dia plg minat dgn binatang,espcialy bnyi2 dia
Nk hlday jaoh2 blom plan lagi,jadi. zoo jela pegy. ehehe
Tgk,bapak aku pon angguk. he3
Zoo joho ni memag dah lama aku xpegy. 
tawu2 tiket masok dah mahal,aishh.
Padahal naik rm1 je. bhaha
Wlupon zoo joho xmcm zoo kt mlaka ataw zoo ngra
Tapi aku rasa best jugak lahh.
Okeh,stop. aku xsuka byk merapek. HEHE
Aku bosan,korg bosan
Kt sini aku srtakan skaly picture2 untuk santapan brsama !

D mulakan dgn buaya tembaga,ceh. bedal2. HAHA

King Of The Jungle !

 Ini merak biru australia :D

Chimpanzee New Guinea a.k.a kawan aku. HAHA
mkwe aku ckp,but i xkesalah syg ! ngee

Tapir Sepanyol

Srius aku xtaw ni binatang ape

Asek gamba binatang je,tgk plak gamba family aku. ngeh3

 Oke,tepi tong sampah. HAHA

Time ni aku dah nk otw balik !


-TAMMAT-

December 22, 2010

Kau Kira Kau Bijak ?

Kau kira kau bijak?
Seorang soleh mengingatkan, 
"Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. 
padahal kau lah yang paling bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat".

Kesabaran Ganjaran Syurga

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".

Jangan Makan Terlalu Banyak

Nasihat Luqmanul Hakim

"Wahai anakku apabila perut kantongmu penuh padat maka pikiranmu akan tidur,
hikmah kebijaksanaanmu menjadi tumpul, 
dan anggota badanmu lemah dalam mengamalkan ibadah"

Kebijaksanaan Imam Abu Hanifah menjawab soalan daripada musuh Allah

Pada suatu masa ada seorang yang memusuhi Allah. Ia suka menanyakan tiga soalan dan tiada siapa yang boleh menjawabnya. Bahkan ulama-ulama di Baghdad pun tidak dapat menjawabnya. Ini menyebabkan ia semakin menjadi-jadi memperlecehkan Islam. Pada suatu hari seorang anak lelaki berumur lebih kurang 10 tahun datang dan mendengar cabaran yang dibuat oleh lelaki tersebut. Lelaki ini mencabar siapa sahaja untuk menjawab soalannya. Anak lelaki itu diam dan memerhatikan sahaja. Kemudian ia nekad untuk menyahut seruan lelaki itu.

Ia kemudiannnya berjalan ke arah lelaki itu dan berkata, "Aku sahut cabaranmu" Lelaki itu ketawa dan tambah memperleceh lagi orang-orang Islam sambil berkata, "Anak berumur 10 tahun menyahut seruanku? Ini sajakah yang mampu kamu adakan?" Anak lelaki itu dengan tenang mengulangi sekali lagi hasratnya. Ia akan menyaht cabaran lelaki ini dan dengan pertolongan dan petunjuk Allah ia akan menundukkan lelaki ini. Lelaki itu akhirnya bersetuju. Maka ramailah orang berkumpul di sekeliling bukit kecil di mana selalunya rapat-rapat umum diadakan.

Maka lelaki yang bongkak itu pun naik ke atas bukit dan dengan suara yang kuat ia menanyakan soalan pertama, "Apa yang sedang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?" Anak lelaki itu berfikir sejenak dan tak lama kemudian ia meminta lelaki itu turun dari atas bukit supaya ia boleh naik dan menjawab soalan itu. Lelaki itu dengan nada yang agak marah berkata, "Apa? Kau mahu aku turun?" "Ya!" jawab anak lelaki itu. "Kau hendak aku jawab, bukan?" Akhirnya lelaki itu turun dan itu dengan kakinya yang kecil naiklah ke atas bukit. Lalu ia berkata, "Ya Allah yang Maha Gagah. Engkaulah menjadi saksi di hadapan orang ramai ini. Kau baru sahaja mentakdirkan orang kafir ini turun ke aras yang rendah dan orang yang beriman ke atas yang tinggi". Mendengar jawaban anak ini orang ramaipun bersorak sambil bertakbir, "Allahuakbar! !!"

Lelaki itu pun rasa terpukul tetapi masih tidak serik lalu menanyakan soalan kedua. Soalnya, "Apa yang wujud sebelum Tuhan?" Anak lelaku itupun bertafakur. Lalu ia meminta lelaki itu mengira dari 10 ke belakang. Lelaki itu pun mengira, "10, 9 ,8 , 7 , 6, 5, 4, 3, 2, 1,0" Lalu anak lelaki itupun bertanya, "Apa yang wujud sebelum 0?" Jawab lelaki itu, "Tak tahu...tiada" Anak lelaki itu pun berkata, "Tepat sekali. Tiada sebelum Allah, Dia kekal abadi". Orang ramai bersorak lagi sambil bertakbir, "Allahuakbar! !!!"

Lelaki itu mula putus asa tetapi meneruskan dengan soalan ketiga, "Ke arah mana Allah menghadap? "Seperti tadi anak lelak itu pun berfikir sejenak. Lalu ia meminta sebatang lilin. Sebatang lilin dibawakan kepadanya lalu ia memberikannya kepada lelaki tadi. Ia meminta lelaki itu menyalakan lilin berkenaan. Lelaki itu menyalakan lilin itu sambil berkata, "Apa yang kau ingin buktikan?" Anak lelaki itu pun bertanya, "Ke arah manakah cahaya lilin itu memancar?" Lelaki itu menjawab, "Tentulah ke semua arah". Anak lelaki itupun berkata, "Kau telah menjawab soalanmu sendiri. Cahaya Allah memancar ke semua arah. Dia ada di mana-mana. Tiada tempat pun Dia tiada. Orang ramai pun bersorak lagi sambil bertakbir," "Allahuakbar! !!"

Lelaki itu kagum dan hatinya tersentuh dengan kepandaian anak itu lalu ia menjadi penganut Islam dan belajar dengan anak itu. Tahukah anda siapa anak lelaki itu? Ia adalah salah seorang imam mazhab besar dalam ahli sunnah wal jamaah. Imam Abu Hanifah.

Memimpin Wanita

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.

Ramai Yang Telah Karam

Dunia ini umpama lautan yg luas. 
Kita adalah kapal yg belayar di lautan 
dan telah banyak kapal karam didalamnya.
andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Lupakan Kegagalan

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. 
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Pintu Kebahagiaan

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita

Buatlah Apa Yang Anda Inginkan

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.